Monday, 4 July 2011

MATI SEMUT KERANA GULA

Ini pepatah orang Melayu. Dulu dulu luas digunapakai dalam mendidik masyarakat. Kini ia tidak lebih dari bahan gurauan sambil santai minum kopi.
Maksudnya ialah sifat semut menggemari yang manis. Bahan manis terdapat dari gula. Kerana feberet semut terhadap gula maka ia sering menjadi korban dalam usaha mendapatkan gula.
Selain gula dengan semut, manusia juga sukakan yang manis. Termasuk manis yang menjadi feberet manusia ialah janji, kata-kata, senyum dan sebagainya selain makanan dan minuman yang turut direbut dari semut.
Seperti jugak semut, bukan sedikit manusia punah kerana manis manisan ini semua. Paling tidak pun terkena diabetes. Yang lain mungkin tertipu daya dengan mulut manis, janji manis dll sehingga mengorbankan harta benda, wang ringgit, kehormatan diri malah syiar agama.
Sinonim dengan ini femos sekarang ini agenda agenda kumpulan kumpulan yang menggunakan manis ini sebagai jerat atau janji. Tidak kira pihak berkuasa atau yang dikuasai. Dengan amat lantang mereka menuduh pihak lawan dengan tuduhan dan kejian. Dalam masa sama mereka memberi kata kata manis bahawa mereka lah yang terbaik, bertimbang rasa pejuang dsb.
Bunyinya memang sedap yang sedap itu tinggi kandungan gulanya! Fenomena ini sangat tidak baik berleluasa dalam masyarakat Islam. Kerana Allah telah pun memberi amaran bahawasanya
" barangkali kumpulan atau puak atau orang yang kamu keji itu lebih baik pekerjaannya dari kita yang mengeji , dan kelak segala kejian itu akan balik kepada diri kita sendiri "..
Barangkali boleh juga di kongsi falsafah ini dari cerita TV MacGyver. Hero selamba ini berpegang bahawa orang yang sebenar honar ialah mereka yang bercakap manis dan berkelakuan manis kerana tujuanya untuk menampal akan kejahatan yang mereka lakukan"
Oleh itu eloklah kita mahasabah diri dan membuka ruang minda kita bahawa orang-orang yang benar benar baik ialah mereka yang tidak samasekali menghina, menuduh, mengeji akan orang lain dalam apa jua bentuk sekalipun dan jika mereka mahu menegur mereka berkata dengan cara sopan lagi hemah dengan penuh kasih sayang dan tawaduq.
So, jangan lah jadi semut yang kena rebuih kerana mengejar gula..

Saturday, 19 March 2011

BUEH BUEH DIPANTAI

Memang benar. Umat Islam mutakhirin seperti bueh. Banyak dan nampak cantik tetapi lampong. Terapong apong seketika di permukaan lepas itu larut dalam air. Sangat sukar untuk mereka bersatu dan bekerjasama. Tidak kira di peringkat mana atau dimana-mana, melampaui batasan geografi dan etnik.
Konsep konsep pendidikan rohani yang diterap dalam perlakuan ibadah - khusus dan umum - dilakukan tanpa penghayatan jiwa raga atau tanpa roh tetapi sekadar menunaikan tanggungjawab melaksanakan perintah. Orang putih kata "job done" bukannya "job well done".
Sekiranya anda seorang yang sering bermusafir menggunakan lebuhraya PLUS pasti anda berpenglaman berhenti solat di hentian rehat. Dihentian ini anda akan melihat bagaimana sukarnya umat Islam hendak bersatu dirujuk kepada hal masing masing menunaikan solat sendiri sendiri. Pada hal perbuatan menunaikan solat berjamaah adalah simbol penyatuan ummah dan amat di tuntut dalam Islam sehingga di naikkan 27 darjat berbanding solat sendirian.
Jika mengikut mazhab ahlussunah wal jamaah, tidak wajar terdapat dua jamaah atau dua solat sendirian dalam satu masa. Maknanya tidak boleh ada dua orang atau dua jamaah solat dalam satu tempat dan waktu yang sama. Hendaklah mereka menjadikan satu jamaah, tidak kira walaupun sebagai masbuk.
Para salaf saleh amat memandang berat perkara ini. Sehinggakan jika dia telah selesai solat fardhu tiba tiba ada seorang mukmin lain yang baru tiba untuk menunaikan solat tetapi tiada jamaah, maka mereka akan mendirikan solat jamaah supaya orang mukmin tersebut juga dapat menikmati kelebihan solat berjamaah. Demikian lah kuatnya roh umat Islam terdahulu dalam membina dan membentuk pertautan hubungan ukhwah sesama mukmin.
Ada alasan menyatakan mereka dalam musafir dan perlu segera. Memang benar tetapi bukan kah Allah telah beri bonus untuk para musafir dengan dibolehkan solat fardhu itu dicantum dan dikerat (jamak dan qasar). Lalu apakah alasan kita lagi?
Oh..Imam baca surah panjang dan doa serta wirid jugak panjang. Kita suntuk waktu.
Ini pun satu hal dan tidak saya nafikan.
Ianya sangat mustahak. Sesiapa yang hendak jadi imam dia kena faham masalah ini. Tidak afdal bahkan makroh baca ayat panjang panjang dalam solat jamaah ketika dalam musafir. Surah yang di sunatkan ialah untuk rakaat pertama selepas fatihah ialah Qulya dan surah dalam rakaat kedua ialah Qulhu. Jangan dok tebiang baca Sabbihis..waimah Wadduha sekalipun. Wirid atau doa jika kita tidak mahu ikut tidak mengapa tetapi Imam kena lah buat, paling tidak pun yang pendek. Jangan lansung tidak ada kerana doa dan wirid selepas solat itu dapat mencegah malapetaka. Bukankah kita dalam musafir dan berdepan dengn pelbagai risiko, maka elok sangat lah berdoa dan berzkir sekejap memohon perlindungan Allah keatas seluruh perjalanan musafir kita itu.

Thursday, 22 July 2010

DISEBALIK TABIR

Artikel yang patut anda baca dibawah ini saya terima dari seorang rakan. Saya yakin ianya tulen dan bukan propaganda. Semasa saya di Jerman, saya melihat pengaruh Islam menjadi sebahagian dari amalan hidup harian mereka. Mereka juga menterjemah Kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Al Gahzali sebagai panduan hidup harian. Saya sangat terkejut. Cuma mereka tidak beriman...dan kita harap suatu hari Allah akan membuka pintu hati mereka dengan taufik hidayahNya agar orang Jerman beriman denganNya dan menjadi sebahagian dari kita.
Apa yang kita baca dan dengar mengenai kekejaman dan kebodohan orang Jerman adalah agenda puak kapitalis Yahudi yang menggunakan media membuat fitnah. Tidak terbatas hanya dikalangan bekas penjajah kita dan sekutu rapatnya Amerika, media media negara kita juga turut dijangkiti virus putar belit maklumat demi matlamat serakah politik dan haloba ekonomi.
Nurul A'in Mohamed
Pegawai Teknologi Maklumat
Unit Teknologi Maklumat
UiTM Kedah
Tel : 04-4562114Fax : 04-4562223
Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua
Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya dizaman ini.
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan
"Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan
tajuk?"
Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya..lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya. Lalu dia berkata :
" Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?
"Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung :
"Ada dua sebab-
1.Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
2.Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab.
Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu. Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau.
Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir bersama Syeikh Amin Al-Husainiy. Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi. Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds.
Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet. Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :
1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler. Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihat nya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi.
2.Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.
" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"
3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementars emasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan
" Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?
"Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler,tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat.
Semoga kita semua beroleh manfaat.






Monday, 5 April 2010

MENJELANG KIAMAT

DIPETIK DARI POSTING SEORANG KAWAN YANG SENTIASA DAN GEMAR INGAT MEMPERINGATI AKAN PERIHAL AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR.. ALKISAH

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis.
Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

* Penaklukan Baitulmuqaddis
" Dari Auf b. Malik r.a.,
katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1] "

* Zina bermaharajalela[perlu rujukan]
" "Dan tinggallah
manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim "

* Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik[perlu rujukan]

* Bermaharajalela alat muzik[perlu rujukan] " Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah "

* Menghias masjid dan membanggakannya[perlu rujukan] " Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. "

* Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik[perlu rujukan] " Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim "

* Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan[perlu rujukan]

* Ramai orang soleh meninggal dunia[perlu rujukan] " Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad "

* Orang hina mendapat kedudukan terhormat[perlu rujukan] " Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani "

* Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja[perlu rujukan] " "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad "

* Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [perlu rujukan] " Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." "

* Bulan sabit kelihatan besar[perlu rujukan] " Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani "

* Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita " Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim "

* Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar " Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad "

* Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai " Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim "

* Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa[perlu rujukan]

* Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)[perlu rujukan] " Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari "

* Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda[perlu rujukan] " Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai "

* Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
-hadis bawah-

* Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
-hadis bawah-

* Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
-hadis bawah-

* Orang akan melakukan homoseksual.
-hadis bawah-

* Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)

* Berkurangnya sifat amanah
-hadis bawah-

* Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
-hadis bawah-

* Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
-hadis bawah-

* Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
-hadis bawah-

* Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
-hadis bawah-
* Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
-hadis bawah-

* Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
" Dari Ali dan Abu Hurairah
r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum
(bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi "
[perlu rujukan]

* Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
-hadis bawah-

* Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
-hadis bawah-

* Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
-hadis bawah-

* Memandang rendah kepada darah
" Rasulullah bersabda:
"Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam
perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad "
[perlu rujukan]

* Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
" Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad "
[perlu rujukan]

* Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
" Apabila umatku berjalan
dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. "
[perlu rujukan]

* Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
" Sungguh hebat dia, sunggu
jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah "
[perlu rujukan]

* Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan " "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan
berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim "

* Banyaknya berlaku gempa bumi[2]

* Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]

* Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2] " "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2] "

* Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
-hadis bawah-

* Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
" Masjid dijadikan sebagai
jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy. "

Wednesday, 13 January 2010

KUFUR NI'MAT

Kufur bukan sahaja dirujuk kepada hal-hal berkaitan aqidah tetapi juga terpakai dalam bab muamalah dan tassauf. Cuma bezanya jika seseorang itu terpesong aqidahnya, maka menyebabkan ia akan gugur imannya atau syirik dan ini boleh membawa ia terkeluar dari agama Islam.
Kufur ni'mat sebaliknya akan menjadi reba kepada seseorang yang ditimpa masalah ini di akhirat kelak. Ia selalunya terbabit dengan mereka yang gemar mengumpul harta benda dan kekuasaan kemudian tidak menggunakan kekayaan harta benda dan kuasa tersebut ke jalan Allah sebagaimana dianjurkan oleh AlQuran dan Sunnah.
Diantara contoh-contoh perilaku yang boleh dikaitkan dengan kufur ni'mat ialah sikap pemilik rumah-rumah terbiar samada di kampung-kampung atau di taman-taman perumahan. Jika meronda taman-taman perumahan, kita akan lihat kebanyakan rumah-rumah lot sudut kosong tidak berpenghuni dan terbiar. Ini kerana pemilik rumah-rumah lot sudut terdiri dari mereka yang kaya raya dan mereka membeli rumah-rumah tersebut sebagai aset tetapi tidak mahu menyewakan atau menggunakannya. Tindakan mereka telah menutup peluang orang lain yang memerlukannya.
Begitu juga dengan tanah-tanah terbiar. Pemilik adalah mereka yang kaya raya dan menyimpannya sebagai aset masa depan. Tidak salah tetapi tanah untuk diusahakan. Rumah untuk di diami. Jika terbiar ia akan mengganggu jiran tetangga disamping merampas peluang orang lain dengan cara terhormat.
Selain itu yang selalu berlaku dalam masyarakat kita ialah pemilikan kenderaan. Sesetengah orang kaya menyimpan antara 5 hingga 10 buah kenderaan. Jika 3 buah dianggap keperluan masakini, maka memiliki 4 buah keatas di kira seseorang cenderung kepada bersifat dengan sifat Kufur Ni'mat apatah lagi dengan jumlah sedemikian boleh menyebabkan ia tidak sempat memandu sehingga tersadai sebagai hiasan di garaj.
Kufur ni'mat juga berlaku kepada tabiat seseroang yang suka mengambil makanan dengan banyak tetapi tidak menghabiskan memakan makanan tersebut. Ini biasa kita lihat di restoran-restoran besar khususnya dikalangan pasangan sejoli. Pesan makanan berbagai-bagai tetapi jamah sedikit lepas tu bayar dan tinggal. Ini juga perbuatan dan tabiat mereka yang kufur ni'mat.
Dalam nas ada disebut bahawa kelak Allah akan bertanya kepada setiap kita, tidak terlepas seorang pun dengan soalan ini.
" Dari manakah kamu dapat dan kemana pula kamu belanja "
Berbahagia lah barang siapa yang terlepas dari jerat KUFUR NI'MAT ini.

Wednesday, 6 January 2010

Pelihara Makanan Kita

Nabi pernah bersabda bahawa punca segala penyakit adalah dari perut.

Perut adalah tempat input segala jenis makanan dan seterusnya diproses menjadi darah daging yang merupakan antara elemen-elemen penting bagi membina tubuh badan untuk terus hidup. Sekiranya makanan diterima itu baik, maka berguna lah ia untuk kegunaan badan. Sebaliknya jika tidak baik, akan rosak lah badan. Simple.

Adapun penyakit bagi manusia terdiri dari dua kategori. Seperti manusia itu sendiri yang dicipta atas dua unsur iaitu jasmani dan rohani, maka begitulah penyakit. Penyakit fizikal boleh terbentuk oleh sebab bahan makanan tidak elok, tercemar atau beracun. Sebaliknya penyakit batin terbentuk dari sumber permakanan yang tidak halal dan haram walaupun kualiti dan kandungan nutrien amat tinggi. Manusia yang sempurna ialah mereka yang sehat zahir dan batin.

Mutakhirin ini, berbagai penyakit pelik dan kronik menjadi sebahagian dari kehidupan kita. Penyakit-penyakit ni begitu sukar diubati. Ia mungkin berpunca dari sumber makanan kita yang kesucian dan kebersehannya tidak begitu jelas dan terjejas teruk. Tiada suatu sumber pun yang berani dengan tegas menjamin ketulenan dan kesucian hakiki. Sebaliknya kalau ada pun jaminan, ianya telah ditiru atau sesetengahnya dibayar.

Oleh yang demikian itu, sebagai pengguna, jaga lah sumber makanan kita. Maklumat dibaawah dikirim oleh seorang sahabat. Sejauh mana benar atau tidak, bukan menjadi isu. Yang paling penting, elok kita hindarkan. Seperti pesan ulamak,

" jika kamu berdepan dengan pekara yang syubhah, yakni was-was, maka meninggalkannya adalah lebih afdal dan selamat".




Sunday, 8 November 2009

Nota Buat Mazlee

Dalam dua tiga minggu ni, isu Dr. MAZA membahang seperti bah melanda sawah. Anak-anak padi yang mula nak tumbuh menjadi lemas. Yang seronok berenang tentulah lintah dan ikan haruan, kerana inilah saat paling baik untuk meratah mangsa.
Mazlee menjadi ikan sepat ronggeng yang terlala-lala melihat situasi ni. Bahkan ramai kalangan rakyat menjadi seperti itu. Kerna itu dia telefon saya, melepaskan resah didada.
Siapalah saya nak komen. Apa lagi nak beri fatwa. Namun membiarkan Mazlee terlala tentu sekali tidak wajar, apatah lagi dia seorang sahabat yang akan kelak dipertanggungjawabkan keatas saya. Demi itu, mungkin saya boleh berkata sesuatu, mudah-mudahan merahmati oleh Allah akan kita semua.
1. Ahli sunnah wal jamaah medasarkan tarbiyah dan amalan agama Islam dengan empat perkara asas dari sumber :-
1.1. Alquran,
1.2. Hadith,
1.3. Qias dan
1.4. Ijmak ulamak muktabar.
2. Telah ijmak (sepakat) ulamak muktabar bahawa mazhab-mazhab Shafie, Hambali, Maliki dan Hanafi adalah tergolong dalam Ahli sunnah Wal Jamaah. Mazhab lain seperti Wahabi, Syiah, Khawarij, Muktazilah tidak termasuk.
Lalu bagaimana membezakan mereka ini?
Ia sama lah seperti kita hendak membezakan kereta Honda misalnya. Kita berhajat kepada ilmu otomobil untuk mengenal kereta-kereta Honda ini. Kalau tidak kita tidak dapat mengenalpasti antara satu sama lain, pasai logo dia sama. Design dia hampir sama. Beberapa ciri jatidiri dia juga sama. Kalau bagi orang tidak tahu, dia kata kereta honda semuanya sama. Padahal tentu tidak sama antara Stream, Jazz, Accord, Civic, Prelude, City, Intergra, CRV dll.
Syiah menolak sahabat sama sekali. Bahkan mereka mencerca ketiga-tiga khulafa Arrashidin.
Wahabi pulak menolak Qias dan Ijmak. Mereka hanya berpegang kepada AlQuran dan Hadith. Mereka menentang ulamak konvensional dan cenderung memodenkan Islam secara simple dan rengkas ( Islam dipermudahkan).
Nabi sebelum wafat telah bersabda bahawa telah sempurna agama Islam sebagai agama umat akhir zaman. Nabi juga berkata bahawa alim ulamak adalah waris kepada para Nabi dan Rasul. Nabi berkata lagi, nanti pada akhir zaman dua dari tiga alim ulamak adalah usyu' (jahat).
Hari ini kita lihat ada gerakan yang mahu memodenkan agama Islam sesuai dengan kehendak zaman bukan menyesuaikan zaman dengan kehendak Islam termasuk kalangan alim ulamak sendiri. Apakah Islam yang Nabi ajarkan bersifat kuno dan tidak sempurna dan perlu dimodenkan?
Para sahabat khsususnya khulafah Arrashidin telah menerajui beberapa amalan yang menjadi warisan walaupun Nabi tidak pernah melakukannya, jadi mangapa kita hendak mempertikaikan amalan-amalan tersebut sepertimana menjadi dasar perjuangan kaum Wahabi, sedangkan kita tahu empat khulafah tersebut adalah jaminan syurga oleh Nabi.
Jangan kita terpesona dengan kelulusan dan gelaran seseorang melainkan kita telah pasti mereka diatas jalan yang benar.
Bagaimana mahu mengenal alim ulamak yang benar?
Secara rengkas dan asasnya, oleh kerana mereka alim ulamak, maka mereka haruslah:-
1. Wara' - sentiasa mengikut dan mengamalkan sunnah.
2. Lemah lembut - tidak panas baran, melenting, aggerasif tak tentu arah.
3. Pengasih dan penyayang - pemaaf dan tidak kontroversi
4. Sabar dan tidak tergesa-gesa.
5. Merendah diri - tidak bangga dengan ilmunya.
6. Gigih dan tidak mudah putus asa.
7. Bertutur dengan sopan tetapi tegas.
8. Berseh dan kemas
9. Benci kemasyhuran.
10. Amanah dan Adil.
11. Dll sifat-sifat mahmudah.
Pendekkata sifat-sifat alim ulamak hendak cenderong kepada sifat-sifat para nabi dan Rasul, sahabat dan salaf saleh. Menilai alim ulamak hendaklah dari ilmu dan amalnya. Ini perlu pada zaman ini kerana 2 dari 3 ulamak adalah usyu' atau sesat lagi menyesatkan.
Kalau dinilai dari ilmu, maka berapa ramai profesor Yahudi dan Nasrani yang mengkaji Islam dan Alquran dan mengajar subjek agama Islam di universiti-universiti Barat. Bahkan mereka ini mahir bahasa Arab dan lebih lancar baca Alquran dan hadith berbanding kita. So, jangan terpedaya dengan ilmu dan gelaran atau pangkat.
Sebab itu Imam Alghazali berkata bahawa bermula amal itu dengan ilmu. Maknanya kita sangat perlu kepada ilmu sebelum melakukan atau berkata sesuatu. Jika dilakukan tanpa ilmu, bahayanya besar sekali. Umpama seseorang yang tidak belajar memandu kereta, tiba-tiba nak pandu kereta, apakah agak-agak bahana sedang menunggu jika dia terus memandu seorang diri?