Monday 4 July 2011

MATI SEMUT KERANA GULA

Ini pepatah orang Melayu. Dulu dulu luas digunapakai dalam mendidik masyarakat. Kini ia tidak lebih dari bahan gurauan sambil santai minum kopi.
Maksudnya ialah sifat semut menggemari yang manis. Bahan manis terdapat dari gula. Kerana feberet semut terhadap gula maka ia sering menjadi korban dalam usaha mendapatkan gula.
Selain gula dengan semut, manusia juga sukakan yang manis. Termasuk manis yang menjadi feberet manusia ialah janji, kata-kata, senyum dan sebagainya selain makanan dan minuman yang turut direbut dari semut.
Seperti jugak semut, bukan sedikit manusia punah kerana manis manisan ini semua. Paling tidak pun terkena diabetes. Yang lain mungkin tertipu daya dengan mulut manis, janji manis dll sehingga mengorbankan harta benda, wang ringgit, kehormatan diri malah syiar agama.
Sinonim dengan ini femos sekarang ini agenda agenda kumpulan kumpulan yang menggunakan manis ini sebagai jerat atau janji. Tidak kira pihak berkuasa atau yang dikuasai. Dengan amat lantang mereka menuduh pihak lawan dengan tuduhan dan kejian. Dalam masa sama mereka memberi kata kata manis bahawa mereka lah yang terbaik, bertimbang rasa pejuang dsb.
Bunyinya memang sedap yang sedap itu tinggi kandungan gulanya! Fenomena ini sangat tidak baik berleluasa dalam masyarakat Islam. Kerana Allah telah pun memberi amaran bahawasanya
" barangkali kumpulan atau puak atau orang yang kamu keji itu lebih baik pekerjaannya dari kita yang mengeji , dan kelak segala kejian itu akan balik kepada diri kita sendiri "..
Barangkali boleh juga di kongsi falsafah ini dari cerita TV MacGyver. Hero selamba ini berpegang bahawa orang yang sebenar honar ialah mereka yang bercakap manis dan berkelakuan manis kerana tujuanya untuk menampal akan kejahatan yang mereka lakukan"
Oleh itu eloklah kita mahasabah diri dan membuka ruang minda kita bahawa orang-orang yang benar benar baik ialah mereka yang tidak samasekali menghina, menuduh, mengeji akan orang lain dalam apa jua bentuk sekalipun dan jika mereka mahu menegur mereka berkata dengan cara sopan lagi hemah dengan penuh kasih sayang dan tawaduq.
So, jangan lah jadi semut yang kena rebuih kerana mengejar gula..

Saturday 19 March 2011

BUEH BUEH DIPANTAI

Memang benar. Umat Islam mutakhirin seperti bueh. Banyak dan nampak cantik tetapi lampong. Terapong apong seketika di permukaan lepas itu larut dalam air. Sangat sukar untuk mereka bersatu dan bekerjasama. Tidak kira di peringkat mana atau dimana-mana, melampaui batasan geografi dan etnik.
Konsep konsep pendidikan rohani yang diterap dalam perlakuan ibadah - khusus dan umum - dilakukan tanpa penghayatan jiwa raga atau tanpa roh tetapi sekadar menunaikan tanggungjawab melaksanakan perintah. Orang putih kata "job done" bukannya "job well done".
Sekiranya anda seorang yang sering bermusafir menggunakan lebuhraya PLUS pasti anda berpenglaman berhenti solat di hentian rehat. Dihentian ini anda akan melihat bagaimana sukarnya umat Islam hendak bersatu dirujuk kepada hal masing masing menunaikan solat sendiri sendiri. Pada hal perbuatan menunaikan solat berjamaah adalah simbol penyatuan ummah dan amat di tuntut dalam Islam sehingga di naikkan 27 darjat berbanding solat sendirian.
Jika mengikut mazhab ahlussunah wal jamaah, tidak wajar terdapat dua jamaah atau dua solat sendirian dalam satu masa. Maknanya tidak boleh ada dua orang atau dua jamaah solat dalam satu tempat dan waktu yang sama. Hendaklah mereka menjadikan satu jamaah, tidak kira walaupun sebagai masbuk.
Para salaf saleh amat memandang berat perkara ini. Sehinggakan jika dia telah selesai solat fardhu tiba tiba ada seorang mukmin lain yang baru tiba untuk menunaikan solat tetapi tiada jamaah, maka mereka akan mendirikan solat jamaah supaya orang mukmin tersebut juga dapat menikmati kelebihan solat berjamaah. Demikian lah kuatnya roh umat Islam terdahulu dalam membina dan membentuk pertautan hubungan ukhwah sesama mukmin.
Ada alasan menyatakan mereka dalam musafir dan perlu segera. Memang benar tetapi bukan kah Allah telah beri bonus untuk para musafir dengan dibolehkan solat fardhu itu dicantum dan dikerat (jamak dan qasar). Lalu apakah alasan kita lagi?
Oh..Imam baca surah panjang dan doa serta wirid jugak panjang. Kita suntuk waktu.
Ini pun satu hal dan tidak saya nafikan.
Ianya sangat mustahak. Sesiapa yang hendak jadi imam dia kena faham masalah ini. Tidak afdal bahkan makroh baca ayat panjang panjang dalam solat jamaah ketika dalam musafir. Surah yang di sunatkan ialah untuk rakaat pertama selepas fatihah ialah Qulya dan surah dalam rakaat kedua ialah Qulhu. Jangan dok tebiang baca Sabbihis..waimah Wadduha sekalipun. Wirid atau doa jika kita tidak mahu ikut tidak mengapa tetapi Imam kena lah buat, paling tidak pun yang pendek. Jangan lansung tidak ada kerana doa dan wirid selepas solat itu dapat mencegah malapetaka. Bukankah kita dalam musafir dan berdepan dengn pelbagai risiko, maka elok sangat lah berdoa dan berzkir sekejap memohon perlindungan Allah keatas seluruh perjalanan musafir kita itu.