Sunday, 8 November 2009

Nota Buat Mazlee

Dalam dua tiga minggu ni, isu Dr. MAZA membahang seperti bah melanda sawah. Anak-anak padi yang mula nak tumbuh menjadi lemas. Yang seronok berenang tentulah lintah dan ikan haruan, kerana inilah saat paling baik untuk meratah mangsa.
Mazlee menjadi ikan sepat ronggeng yang terlala-lala melihat situasi ni. Bahkan ramai kalangan rakyat menjadi seperti itu. Kerna itu dia telefon saya, melepaskan resah didada.
Siapalah saya nak komen. Apa lagi nak beri fatwa. Namun membiarkan Mazlee terlala tentu sekali tidak wajar, apatah lagi dia seorang sahabat yang akan kelak dipertanggungjawabkan keatas saya. Demi itu, mungkin saya boleh berkata sesuatu, mudah-mudahan merahmati oleh Allah akan kita semua.
1. Ahli sunnah wal jamaah medasarkan tarbiyah dan amalan agama Islam dengan empat perkara asas dari sumber :-
1.1. Alquran,
1.2. Hadith,
1.3. Qias dan
1.4. Ijmak ulamak muktabar.
2. Telah ijmak (sepakat) ulamak muktabar bahawa mazhab-mazhab Shafie, Hambali, Maliki dan Hanafi adalah tergolong dalam Ahli sunnah Wal Jamaah. Mazhab lain seperti Wahabi, Syiah, Khawarij, Muktazilah tidak termasuk.
Lalu bagaimana membezakan mereka ini?
Ia sama lah seperti kita hendak membezakan kereta Honda misalnya. Kita berhajat kepada ilmu otomobil untuk mengenal kereta-kereta Honda ini. Kalau tidak kita tidak dapat mengenalpasti antara satu sama lain, pasai logo dia sama. Design dia hampir sama. Beberapa ciri jatidiri dia juga sama. Kalau bagi orang tidak tahu, dia kata kereta honda semuanya sama. Padahal tentu tidak sama antara Stream, Jazz, Accord, Civic, Prelude, City, Intergra, CRV dll.
Syiah menolak sahabat sama sekali. Bahkan mereka mencerca ketiga-tiga khulafa Arrashidin.
Wahabi pulak menolak Qias dan Ijmak. Mereka hanya berpegang kepada AlQuran dan Hadith. Mereka menentang ulamak konvensional dan cenderung memodenkan Islam secara simple dan rengkas ( Islam dipermudahkan).
Nabi sebelum wafat telah bersabda bahawa telah sempurna agama Islam sebagai agama umat akhir zaman. Nabi juga berkata bahawa alim ulamak adalah waris kepada para Nabi dan Rasul. Nabi berkata lagi, nanti pada akhir zaman dua dari tiga alim ulamak adalah usyu' (jahat).
Hari ini kita lihat ada gerakan yang mahu memodenkan agama Islam sesuai dengan kehendak zaman bukan menyesuaikan zaman dengan kehendak Islam termasuk kalangan alim ulamak sendiri. Apakah Islam yang Nabi ajarkan bersifat kuno dan tidak sempurna dan perlu dimodenkan?
Para sahabat khsususnya khulafah Arrashidin telah menerajui beberapa amalan yang menjadi warisan walaupun Nabi tidak pernah melakukannya, jadi mangapa kita hendak mempertikaikan amalan-amalan tersebut sepertimana menjadi dasar perjuangan kaum Wahabi, sedangkan kita tahu empat khulafah tersebut adalah jaminan syurga oleh Nabi.
Jangan kita terpesona dengan kelulusan dan gelaran seseorang melainkan kita telah pasti mereka diatas jalan yang benar.
Bagaimana mahu mengenal alim ulamak yang benar?
Secara rengkas dan asasnya, oleh kerana mereka alim ulamak, maka mereka haruslah:-
1. Wara' - sentiasa mengikut dan mengamalkan sunnah.
2. Lemah lembut - tidak panas baran, melenting, aggerasif tak tentu arah.
3. Pengasih dan penyayang - pemaaf dan tidak kontroversi
4. Sabar dan tidak tergesa-gesa.
5. Merendah diri - tidak bangga dengan ilmunya.
6. Gigih dan tidak mudah putus asa.
7. Bertutur dengan sopan tetapi tegas.
8. Berseh dan kemas
9. Benci kemasyhuran.
10. Amanah dan Adil.
11. Dll sifat-sifat mahmudah.
Pendekkata sifat-sifat alim ulamak hendak cenderong kepada sifat-sifat para nabi dan Rasul, sahabat dan salaf saleh. Menilai alim ulamak hendaklah dari ilmu dan amalnya. Ini perlu pada zaman ini kerana 2 dari 3 ulamak adalah usyu' atau sesat lagi menyesatkan.
Kalau dinilai dari ilmu, maka berapa ramai profesor Yahudi dan Nasrani yang mengkaji Islam dan Alquran dan mengajar subjek agama Islam di universiti-universiti Barat. Bahkan mereka ini mahir bahasa Arab dan lebih lancar baca Alquran dan hadith berbanding kita. So, jangan terpedaya dengan ilmu dan gelaran atau pangkat.
Sebab itu Imam Alghazali berkata bahawa bermula amal itu dengan ilmu. Maknanya kita sangat perlu kepada ilmu sebelum melakukan atau berkata sesuatu. Jika dilakukan tanpa ilmu, bahayanya besar sekali. Umpama seseorang yang tidak belajar memandu kereta, tiba-tiba nak pandu kereta, apakah agak-agak bahana sedang menunggu jika dia terus memandu seorang diri?

2 comments:

  1. Persoalan MAZA wahabbi atau tidak, tidak juga terjawab, atau ia hanya satu pertuduhan jahat ke atas beliau(MAZA)?

    ReplyDelete
  2. Tuduh menuduh tanpa bukti bukan budaya Islam. Fahaman Ahlussunnah tidak menolak perkara ghaib tetapi memeliharanya dalam lingkungan aqidah yang disandar kepada AlQuran dan sunnah. Fahaman Wahabi menolak perkara ini dan membawa pemikiran baru dalam Islam. Anda perlu memahami kedua dua aliran ini untuk menentukan siapakah seseorang itu berpaut dan mengesahkan status mereka.

    ReplyDelete