Wednesday, 13 January 2010

KUFUR NI'MAT

Kufur bukan sahaja dirujuk kepada hal-hal berkaitan aqidah tetapi juga terpakai dalam bab muamalah dan tassauf. Cuma bezanya jika seseorang itu terpesong aqidahnya, maka menyebabkan ia akan gugur imannya atau syirik dan ini boleh membawa ia terkeluar dari agama Islam.
Kufur ni'mat sebaliknya akan menjadi reba kepada seseorang yang ditimpa masalah ini di akhirat kelak. Ia selalunya terbabit dengan mereka yang gemar mengumpul harta benda dan kekuasaan kemudian tidak menggunakan kekayaan harta benda dan kuasa tersebut ke jalan Allah sebagaimana dianjurkan oleh AlQuran dan Sunnah.
Diantara contoh-contoh perilaku yang boleh dikaitkan dengan kufur ni'mat ialah sikap pemilik rumah-rumah terbiar samada di kampung-kampung atau di taman-taman perumahan. Jika meronda taman-taman perumahan, kita akan lihat kebanyakan rumah-rumah lot sudut kosong tidak berpenghuni dan terbiar. Ini kerana pemilik rumah-rumah lot sudut terdiri dari mereka yang kaya raya dan mereka membeli rumah-rumah tersebut sebagai aset tetapi tidak mahu menyewakan atau menggunakannya. Tindakan mereka telah menutup peluang orang lain yang memerlukannya.
Begitu juga dengan tanah-tanah terbiar. Pemilik adalah mereka yang kaya raya dan menyimpannya sebagai aset masa depan. Tidak salah tetapi tanah untuk diusahakan. Rumah untuk di diami. Jika terbiar ia akan mengganggu jiran tetangga disamping merampas peluang orang lain dengan cara terhormat.
Selain itu yang selalu berlaku dalam masyarakat kita ialah pemilikan kenderaan. Sesetengah orang kaya menyimpan antara 5 hingga 10 buah kenderaan. Jika 3 buah dianggap keperluan masakini, maka memiliki 4 buah keatas di kira seseorang cenderung kepada bersifat dengan sifat Kufur Ni'mat apatah lagi dengan jumlah sedemikian boleh menyebabkan ia tidak sempat memandu sehingga tersadai sebagai hiasan di garaj.
Kufur ni'mat juga berlaku kepada tabiat seseroang yang suka mengambil makanan dengan banyak tetapi tidak menghabiskan memakan makanan tersebut. Ini biasa kita lihat di restoran-restoran besar khususnya dikalangan pasangan sejoli. Pesan makanan berbagai-bagai tetapi jamah sedikit lepas tu bayar dan tinggal. Ini juga perbuatan dan tabiat mereka yang kufur ni'mat.
Dalam nas ada disebut bahawa kelak Allah akan bertanya kepada setiap kita, tidak terlepas seorang pun dengan soalan ini.
" Dari manakah kamu dapat dan kemana pula kamu belanja "
Berbahagia lah barang siapa yang terlepas dari jerat KUFUR NI'MAT ini.

No comments:

Post a Comment