Wednesday, 13 January 2010

KUFUR NI'MAT

Kufur bukan sahaja dirujuk kepada hal-hal berkaitan aqidah tetapi juga terpakai dalam bab muamalah dan tassauf. Cuma bezanya jika seseorang itu terpesong aqidahnya, maka menyebabkan ia akan gugur imannya atau syirik dan ini boleh membawa ia terkeluar dari agama Islam.
Kufur ni'mat sebaliknya akan menjadi reba kepada seseorang yang ditimpa masalah ini di akhirat kelak. Ia selalunya terbabit dengan mereka yang gemar mengumpul harta benda dan kekuasaan kemudian tidak menggunakan kekayaan harta benda dan kuasa tersebut ke jalan Allah sebagaimana dianjurkan oleh AlQuran dan Sunnah.
Diantara contoh-contoh perilaku yang boleh dikaitkan dengan kufur ni'mat ialah sikap pemilik rumah-rumah terbiar samada di kampung-kampung atau di taman-taman perumahan. Jika meronda taman-taman perumahan, kita akan lihat kebanyakan rumah-rumah lot sudut kosong tidak berpenghuni dan terbiar. Ini kerana pemilik rumah-rumah lot sudut terdiri dari mereka yang kaya raya dan mereka membeli rumah-rumah tersebut sebagai aset tetapi tidak mahu menyewakan atau menggunakannya. Tindakan mereka telah menutup peluang orang lain yang memerlukannya.
Begitu juga dengan tanah-tanah terbiar. Pemilik adalah mereka yang kaya raya dan menyimpannya sebagai aset masa depan. Tidak salah tetapi tanah untuk diusahakan. Rumah untuk di diami. Jika terbiar ia akan mengganggu jiran tetangga disamping merampas peluang orang lain dengan cara terhormat.
Selain itu yang selalu berlaku dalam masyarakat kita ialah pemilikan kenderaan. Sesetengah orang kaya menyimpan antara 5 hingga 10 buah kenderaan. Jika 3 buah dianggap keperluan masakini, maka memiliki 4 buah keatas di kira seseorang cenderung kepada bersifat dengan sifat Kufur Ni'mat apatah lagi dengan jumlah sedemikian boleh menyebabkan ia tidak sempat memandu sehingga tersadai sebagai hiasan di garaj.
Kufur ni'mat juga berlaku kepada tabiat seseroang yang suka mengambil makanan dengan banyak tetapi tidak menghabiskan memakan makanan tersebut. Ini biasa kita lihat di restoran-restoran besar khususnya dikalangan pasangan sejoli. Pesan makanan berbagai-bagai tetapi jamah sedikit lepas tu bayar dan tinggal. Ini juga perbuatan dan tabiat mereka yang kufur ni'mat.
Dalam nas ada disebut bahawa kelak Allah akan bertanya kepada setiap kita, tidak terlepas seorang pun dengan soalan ini.
" Dari manakah kamu dapat dan kemana pula kamu belanja "
Berbahagia lah barang siapa yang terlepas dari jerat KUFUR NI'MAT ini.

Wednesday, 6 January 2010

Pelihara Makanan Kita

Nabi pernah bersabda bahawa punca segala penyakit adalah dari perut.

Perut adalah tempat input segala jenis makanan dan seterusnya diproses menjadi darah daging yang merupakan antara elemen-elemen penting bagi membina tubuh badan untuk terus hidup. Sekiranya makanan diterima itu baik, maka berguna lah ia untuk kegunaan badan. Sebaliknya jika tidak baik, akan rosak lah badan. Simple.

Adapun penyakit bagi manusia terdiri dari dua kategori. Seperti manusia itu sendiri yang dicipta atas dua unsur iaitu jasmani dan rohani, maka begitulah penyakit. Penyakit fizikal boleh terbentuk oleh sebab bahan makanan tidak elok, tercemar atau beracun. Sebaliknya penyakit batin terbentuk dari sumber permakanan yang tidak halal dan haram walaupun kualiti dan kandungan nutrien amat tinggi. Manusia yang sempurna ialah mereka yang sehat zahir dan batin.

Mutakhirin ini, berbagai penyakit pelik dan kronik menjadi sebahagian dari kehidupan kita. Penyakit-penyakit ni begitu sukar diubati. Ia mungkin berpunca dari sumber makanan kita yang kesucian dan kebersehannya tidak begitu jelas dan terjejas teruk. Tiada suatu sumber pun yang berani dengan tegas menjamin ketulenan dan kesucian hakiki. Sebaliknya kalau ada pun jaminan, ianya telah ditiru atau sesetengahnya dibayar.

Oleh yang demikian itu, sebagai pengguna, jaga lah sumber makanan kita. Maklumat dibaawah dikirim oleh seorang sahabat. Sejauh mana benar atau tidak, bukan menjadi isu. Yang paling penting, elok kita hindarkan. Seperti pesan ulamak,

" jika kamu berdepan dengan pekara yang syubhah, yakni was-was, maka meninggalkannya adalah lebih afdal dan selamat".