Friday, 28 August 2009

PERKARA BAIK YANG BURUK

Membaca catatan Cheazmi , terpanggil pula untuk mengomel disini setelah meninggalkan komen di laman blog beliau. Keluhannya itu ada asasnya dalam senario masyarakat Islam harini.
Ia bersabit dengan niat yang baik tetapi perlaksanaannya buruk. Perkara ini telah dipandang ringan dalam kehidupan kita hari ini. Ada dua sebab - pertama kita tidak tahu dan kedua kita tahu tetapi kita anggap kita benar.
Orang tak tahu lebih mudah kerana apabila diberitahu dia akan mengambil tahu dan mematuhi tetapi orang yang menganggap dia lebih tahu, ini yang menjadi masalah.
Umpamanya :-
1. Membawa anak belum mumayiz pergi masjid solat berjamaah. Niat bapa itu sangat baik kerana nak biasakan anak dengan masjid. Buruknya ialah bila solat didirikan, bukan sahaja anak-anak ini bising, tetapi depa bermain dalam masjid macam kat taman mainan. Depa berlari ditengah-tengah saf jamaah, main tut cak. Maka kelakuan tersebut ditanggung oleh bapanya yang berniat baik tetapi dah jadi haram. Maka berdosa lah si bapa yang nak cari pahala.
2. Kenduri kesyukuran kerana meraikan kejayaan atau pekerjaan maksiat. Umapamanya menang judi buat kenduri. Berjaya merampas hak orang dengan jalan keji tetapi legal disisi undang-undang dunia, buat kenduri, sedekah kat masjid etc etc. Ambik harta anak yatim buat kenduri - khususnya tahlil arwah tiga malam selepas kematian bapa si anak. Kenduri tu baik , tapi guna duit anak yatim tu yang haram.
3. Memarah dan mengeji atau bergaduh sesama sendiri dalam melaksanakan tugas-tugas kebajikan dan ibadah. Umpamanya seperti perhimpunan kempen menghadapi pilihanraya atau tunjuk perasaan. Contoh terbaru ialah sekumpulan pejuang menentang pembinaan kuil Hindu di Shah Alam yang berarak membawa kepala lembu ke pejabat pemerintah negeri selain menconteng perkataan keji di tembok etc etc.
4. Masuk masjid buat solat sunat tahiyatul masjid betul-betul depan pintu masjid sehingga orang lain yang nak masuk kena melintas depan kita. Perbuatan ini ulamak hukumkan haram kerana memaksa orang melintas depan kita. Melintas depan orang bersolat hukumnya haram. Awat tak pi tengah sikit, dewan masjid biasanya luas. Pi la saf depan nu. Dalam bab lain semua nak nombor satu. Mai tang ni, nak duduk nombor corot atau tepi-tepi saja. Pelik sungguh.
5. Mencuri atau menipu untuk dapatkan duit dan bagi hadiah kepada seseorang/kumpulan kemudian minta projek atau balasan lain. Lebih teruk selalu juga berlaku minta balasan khidmat seks. Kemudian buat kenduri kesyukuran pulak.
6. Menjadi imam solat memang satu yang mulia tetapi perbuatan imam yang suka memanjang-manjangkan dan mengoverlagukan bacaan surah dalam solat jamaah adalah tidak wajar. Niat memang baik tapi makruh. Sebab makmum dari kalangan khalayak umum ada banyak maslahah seperti sakit, uzur, tua etc etc. Yang pelik nya bila mai tang solat yang bacaannya sunat disirkan ( zohor dan Asar ) atau bila masuk rakaat tiga dan empat yang disunat bacaannya sir, punyalah laju sampai culang caling makmum mengejarnya.
7. Ziarah jenazah atau orang sakit atau di timpa bencana tapi bersuka-suka dengan gelak ketawa. Adabnya dalam hal ini ialah sunat mempamerkan wajah simpati dan sedih dan jangan sekali-kali bergelak ketawa apalagi bersenda gurau di tempat-tempat macam ni.
Banyak lagi contoh-contoh yang tak mungkin disebut dalam tulisan rengkas ini. Mudah-mudahan sentiasa menjadi peringatan keatas diri saya dan keluarga serta kawan-kawan sekelian pelayar laman blog ini.

No comments:

Post a Comment