Saturday, 19 March 2011

BUEH BUEH DIPANTAI

Memang benar. Umat Islam mutakhirin seperti bueh. Banyak dan nampak cantik tetapi lampong. Terapong apong seketika di permukaan lepas itu larut dalam air. Sangat sukar untuk mereka bersatu dan bekerjasama. Tidak kira di peringkat mana atau dimana-mana, melampaui batasan geografi dan etnik.
Konsep konsep pendidikan rohani yang diterap dalam perlakuan ibadah - khusus dan umum - dilakukan tanpa penghayatan jiwa raga atau tanpa roh tetapi sekadar menunaikan tanggungjawab melaksanakan perintah. Orang putih kata "job done" bukannya "job well done".
Sekiranya anda seorang yang sering bermusafir menggunakan lebuhraya PLUS pasti anda berpenglaman berhenti solat di hentian rehat. Dihentian ini anda akan melihat bagaimana sukarnya umat Islam hendak bersatu dirujuk kepada hal masing masing menunaikan solat sendiri sendiri. Pada hal perbuatan menunaikan solat berjamaah adalah simbol penyatuan ummah dan amat di tuntut dalam Islam sehingga di naikkan 27 darjat berbanding solat sendirian.
Jika mengikut mazhab ahlussunah wal jamaah, tidak wajar terdapat dua jamaah atau dua solat sendirian dalam satu masa. Maknanya tidak boleh ada dua orang atau dua jamaah solat dalam satu tempat dan waktu yang sama. Hendaklah mereka menjadikan satu jamaah, tidak kira walaupun sebagai masbuk.
Para salaf saleh amat memandang berat perkara ini. Sehinggakan jika dia telah selesai solat fardhu tiba tiba ada seorang mukmin lain yang baru tiba untuk menunaikan solat tetapi tiada jamaah, maka mereka akan mendirikan solat jamaah supaya orang mukmin tersebut juga dapat menikmati kelebihan solat berjamaah. Demikian lah kuatnya roh umat Islam terdahulu dalam membina dan membentuk pertautan hubungan ukhwah sesama mukmin.
Ada alasan menyatakan mereka dalam musafir dan perlu segera. Memang benar tetapi bukan kah Allah telah beri bonus untuk para musafir dengan dibolehkan solat fardhu itu dicantum dan dikerat (jamak dan qasar). Lalu apakah alasan kita lagi?
Oh..Imam baca surah panjang dan doa serta wirid jugak panjang. Kita suntuk waktu.
Ini pun satu hal dan tidak saya nafikan.
Ianya sangat mustahak. Sesiapa yang hendak jadi imam dia kena faham masalah ini. Tidak afdal bahkan makroh baca ayat panjang panjang dalam solat jamaah ketika dalam musafir. Surah yang di sunatkan ialah untuk rakaat pertama selepas fatihah ialah Qulya dan surah dalam rakaat kedua ialah Qulhu. Jangan dok tebiang baca Sabbihis..waimah Wadduha sekalipun. Wirid atau doa jika kita tidak mahu ikut tidak mengapa tetapi Imam kena lah buat, paling tidak pun yang pendek. Jangan lansung tidak ada kerana doa dan wirid selepas solat itu dapat mencegah malapetaka. Bukankah kita dalam musafir dan berdepan dengn pelbagai risiko, maka elok sangat lah berdoa dan berzkir sekejap memohon perlindungan Allah keatas seluruh perjalanan musafir kita itu.